Rakan WARTAMAYA

Wednesday, October 20, 2010

Musim Ayam berkokok

"Hai Leman...apa buat kat reban ayam tu?", tanya Tok Moh.
"Alahai Tok..saje tengok tengok ayam ni Tok. Bukan main bising pulak
ayam ayam ni tadi.", jawab Leman.
"Biasa la Leman...sekarang kan musim ayam berkokok. Kau cuba tengok
ekor ayam tu Leman.", minta Tok Moh.
"Amboiii Tok...penuh taik tok. Bukan main kotor lagi", jelas Leman.
"Setahun sekali Ayam kau berkokok Leman. Tapi tujuannya nak tutup ekor
yang penuh taik tu la", sambung Tok Moh lagi.
"Jadi Tok..mungkin ayam ni ingat dengan berkokok sana sini, manusia
tak tau taik berselepat kat ekor dia ye Tok...", tanya Leman lagi.
"Haha...tu la..untuk beberapa hari ni tengok kan je gelegat ayam dalam
sangkar nko ni Leman...nasihat aku pada kau...Layannnnn....", kata Tok
Moh sambil ketawa.
"Kok...kok...kok...", jerit ayam jantan Leman.
"Tengok la tu..dah petang pun dok berkokok lagi...mabuk tul ayam
ni...kah kah kah", kata Leman.
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  October 20, 2010 at 9:01 AM  

saat paling bosan bila semua tv buat liputan rasa nak nterajang je tv tu

Nur Misnan October 24, 2010 at 7:03 PM  

salam
kasihan ya itu ayam
agaknya tak ada teman berchatg kot..
huhuhuu

Blog list