Rakan WARTAMAYA

Tuesday, August 3, 2010

Leman takut pada lilin

Umno-BN Takut Kuasa Rakyat Bersenjatakan Sebatang Lilin
SHAH ALAM 3 Ogos - Persatuan Pegawai-pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor mengecam keras tindakan pihak polis yang bertindak secara kekerasan menyurai serta menghalang orangramai daripada mengadakan upacara memasang lilin di di seluruh negara bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kini berusia 50 tahun.

Presiden Selproa, Abdul Razak Ismail berkata persatuan itu mengecam tindakan pihak polis yang berterusan mencabuli kebebasan bersuara, hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Deklarasi Hak Manusia Sejagat Bangsa-bangsa Bersatu.

"Selproa menggesa Datuk Shafee Abdullah yang mewakili Malaysia di peringkat serantau negara-negara Asean dalam AICHR (Asean Inter Governmental Commission of Human Right) agar segera menghantar notis bantahan keras kepada Kerajaan Malaysia terhadap pencabulan hak asasi manusia ini serta segera menfailkan bantahan keras ini kepada Sekretariat Asean di Jakarta.
[ lagi ]

"Eeeeee .... takutnya aku .... !", jerit Leman macam kena polong.
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  August 6, 2010 at 2:46 PM  

sape la budak ni..

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/photo.php?pid=30593956&id=1488537165&ref=fbx_album

Anonymous,  August 6, 2010 at 3:52 PM  

bimbang lilin membakar UMNO yang mandi dengan petrol

Blog list