Rakan WARTAMAYA

Sunday, July 25, 2010

Pasti fail .... he he he


Pandu Kereta Dari Simanggang Ke Bandar Sibu, Buat Laporan SPRM Terhadap KM Sarawak
SHAH ALAM 24 Julai - Seorang rakyat Sarawak dan pembayar cukai memandu keretanya dari Simanggang sehingga bandar Sibu untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud berhubung dakwaan pelaburan di luar negara yang membabitkan berbilion ringgit.

Cobbold John Lusoi berkata beliau tidak ada pilihan lain dan atas rasa bertanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia terpaksa menuju ke ke Sibu disebabkan SPRM tidak mempunyai pejabat di Simanggang.

"Saya rasa menjadi tanggungjawab sebagai rakyat yang prihatin dan pembayar cukai untuk membuat laporan kepada SPRM terhadap Ketua Menteri.
[ lagi ]
"Tok ... ! Nak tanya kes ni boleh jalan ke?", tanya Leman.
"Ishkk ... dalam mangkok ni aku nampak macam telor ...", jawab Tok Moh.
"Apa petanda tu Tok?", tanya Leman lagi.
"Maksudnya ... ada yang tak der telo ... kes ni bakal senyap ... kah kah kah", jawab Tok Moh.
"Sapa punye telo Tok?", tanya Leman lagi.
"Telo mangkok la .... muakakakka !!!", kata Tok Moh lagi ...

Share/Bookmark

1 comments:

mantaro July 25, 2010 at 8:10 PM  

Tuan, Putrajaya semakin hampir.BN semakin gerun.Gandakan usaha untuk ke Putrajaya.

UMNO hanya dibantu agernsi kerajaan,tiada mereka UMNO akan patah sayap.

Jadi harapan kita ,Pakatan Rakyat di bawah peliharaan Allah s.w.t.

mohon tuan link: blog ini http://sisibukit.blogspot.com

Blog list