Rakan WARTAMAYA

Saturday, July 24, 2010

Belajar makan gaji buta ...


Gaji Pengerusi Syabas RM425,000 Sebulan, Mutu Bekalan Air Selangor Corot

SHAH ALAM 23 Julai - Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron membidas ketidak cekapan dan ketelusan pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan sikap kerajaan pusat yang sengaja melengah-lengahkan penstrukturan semula syarikat pengurusan air di Selangor sebagai punca sebenar disebalik isu bekalan air.

Dr Badrulamin membandingkan pengurusan bekalan yang tidak cekap yang tidak setimpal dengan gaji amat tinggi yang dinikmati oleh pengerusi eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail.

"Penaikan harga air juga akan meningkat kerana pengurusan Syabas yang tidak telus, antaranya gaji tahunan pengerusi Syabas mencecah RM5.1 juta setahun, RM425,000 sebulan, Puncak Niaga gagal menaiktaraf loji rawatan air yang sudah uzur dan tidak mampu untuk merawat air, pembaziran air yang berterusan akibat air tanpa hasil (NRW) yang tinggi dan penswastaan industri air yang hanya menguntungkan kroni-kroni pimpinan politik," tegas beliau dalam satu kenyataan media semalam.
[ lagi ]
Walaweyyy .... muakakak !!!
Orang lain susah .. dia kaya raya ...
Dah kaya tak tau buat kerja ....
macam macam pun boleh .. .
Semuanya kerana ada masyukkkk .... !!! Wakakakak !!!

Share/Bookmark

4 comments:

Anonymous,  July 24, 2010 at 5:59 AM  

Dan orang orang seperti pengerusi syabas ini lah yg sayang sangat pada umno, perkara seperti ini telah menjadi seperti barah dalam pentadbiran kerajaan. apabila berlaku perkara yang tidak baik dalam pentadbiran, hanya orang-orang bawah yang di persalahkan, hakikatnya mereka-mereka inilah yang membuat onar. Apa bila KSN sendiri telah bergaduh dengan pengurusan kerajaan negeri, tak kiralah ianya kerajaan pembangkang, maka dengan sendirinya membuka pekung keadaan rupa pentadbiran awam sebenar, dulu di perak dan sekarang di penang. mereka inilah yang merosakkan pentadbiran awam, janganlah bising dengan bermacam-macam retorik untuk kononnya membaiki pentadbiran awam kalau kepala hotak pimpinan tertinggi pentadbiran awam ini sudah dipenuhi dengan gila pangkat, kuasa dan harta. ibarat keretapi, kalau kepalanya belok, maka ekornya jua akan belok.

Anonymous,  July 24, 2010 at 9:20 AM  

Kita kerja kena betu setimpal dengan upah yang diberi.Jangan campur politik. Rakyat merana koperat gumbira. minum kopi RM10.00 secawan. Rakyat minum kopi RM1.50 secawa pun bukan selau. Cuba rakayat fikir. Tempat mewah tidak akan wujud kalau kita tidak pangkah UMNO?BN.

Penghulu Kg Pening Lalat July 24, 2010 at 5:06 PM  

mak datuk...
banyak nyer gaji die...
aku buat demo kepala lembu, pasir, daulat tuanku...
tapi gaji aku RM800 je...

matpokai,  July 24, 2010 at 11:04 PM  

Pengerusi SYABAS yang bergaji hampir RM 1/2 juta sebulan memang luar biasa.Tak heiranlah air yang rakyat Selangor dan diLembah Kelang,warna coklat kerana wang yang dikutip Syabas habis untuk bayar gaji Sultan Syabas ni hingga tak cukup nak perbaiki loji atau paip.Agaknya Gabnor Bank Negara pun tak sampai gaji sebanyak itu,juga CEO Petronas.Ini semua berlaku zaman Khir Toyol.Tak tau pulak berapa % dia dapat dari gaji Pengerusi ni.

Blog list