Rakan WARTAMAYA

Tuesday, June 8, 2010

Umngok pening hehehe

Lesen judi sukan: Akar umbi Umno mulai gelisah

Puteri Aida Haryani | 8 Jun, 10 10:18am

Bibit-bibit protes mula kedengaran hari ini daripada kem penyokong kerajaan berhubung isu pemberian lesen judi sukan.

Tentangan tersebut mula dikesan pada satu sidang mesyuarat cawangan Umno di Teluk Intan yang mengusulkan supaya kerajaan menarik balik pemberian lesen tersebut.

Usul tersebut dikemukakan oleh seorang pemimpin akar umbi, Yuzaile Yusof ketika mesyuarat Umno Cawangan Lorong Masjid, Teluk Intan pada 22 Mei lalu.

Yuzaile berkata, pergerakan pemuda Umno sebelum ini tidak mampu untuk menepis isu judi kerana ia sememangnya memberi kelebihan kepada golongan yang bukan penyokong BN.

"Keadaan begini memberi ruang kepada (pro-Pakatan Rakyat) untuk bersuara.Jadi pemuda Umno tidak boleh menepis isu ini, sebab judi sememangnya haram walaupun lesen itu sah atau tidak," katanya.

(Jadi) kami menggesa agar kerajaan menarik balik lesen judi bola sepak," kata Yuzaile yang juga ketua pemuda bahagian Teluk Intan. - mkini

Wkakaka!!!
Umngok dah pening.
Bawah kata lain, atas kata lain.
Muahahah....pengsan, pusing ...pening.
Share/Bookmark

1 comments:

tok malim June 8, 2010 at 2:25 PM  

Seorang guru pakar mengulas tentang cadangan beberapa orang yang nak guru diberikan lesen.yang mula-mula mencadangkan puad zarkashi.dan yang menyokongnya ada pulak pemimpin kesatuan guru.kesatuan guru terbesar...NUTP menentang idea ini.
bagi teman ni pulak,x ramai guru yang menyokong idea lesen patut diberikan....yang menyokong ni cuma kaki ampu dan bodek.
nak sama tarafkan dengan profesion lain seperti peguam dan doktor.peguam tak makan gaji dengan gomen dan doktor pulak ada yang keja gomen dan ada keja sendiri.guru sebenarnya kedudukan lebih tinggi tarafnya daripada doktor dan peguam kerana mereka pernah mengajar murid-murid dari peringkat bawah sehingga ada yang jadi pemimpin negara.kalau nak iktiraf guru,bagi ajelah gaji lebih tinggi daripada doktor dan peguam.kat negara lain gaji guru tinggi.tak macam negara kita gaji guru antara terendah di rantau asean..katanya lagi

nak kata guru x komited....siapa yang cakap macam tu elok pegi cermin muka mereka sendiri kat cermin.banyak keja-keja sukarela guru buat.keja pengkeranian,hantar budak-budak ke pertandingan peringkat zon,daerah,negeri dan kebangsaan.korbankan cuti mereka untuk naikkan imej sekolah.ada yang x claimpun elaun yang boleh mereka claim.bila murid gagal,guru dipersalahkan tapi bila murid berjaya yang dapat nama orang lain.lembu punya susu sapi dapat nama.
ada guru besar arah guru guru ke sekolah hari sabtu...terpaksalah guru pegi pasal takut markah prestasi tahun itu rendah pasal tak ramai guru yang berani memperjuangkan nasib mereka walaupun nutp ada ahli ratusan ribu.jauh sekalilah nak ngadu.....link guru besar sampai ke PPD,JPN dan Kementerian.senang citer senyap je....buat bodoh ikut ajelah walaupun x suka...ujarnya lagi.ini dah kira keja 6 hari seminggu.
tak ramai yang tahu pengorbanan seorang guru.berdepan dengan tekanan masyarakat.tak kira kalau setiap menteri pelajaran bertukar..polisi pendidikan pun berubah..guru bukan robot.ingat senang aje nak download sesuatu modul.kementerian pelajaran patut tetapkan satu modul pendidikan.
pangkat pulak payah nak naik jika dibandingkan dengan PTD.lebih memeritkan lagi,PTD keja kat kementerian pelajaran.patutnya guru yang keja di sini pasal mereka lebih arif dengan sistem dan polisi pendidikan.ada yang ada master dan Phd.inilah cara nak meningkatkan taraf guru

dia menambah lagi,dah lama guru x bersetuju kaedah PTK tapi kerajaan macam pekak badak je.pernah ceupacs mencadangkan PTK dihapuskan.ramai yang meragui kaedah ini kerana bagi mereka peperiksaan ni macam atau seolah-olah telah ditentukan....mana ada bagi keputusan berapa markahnya..setakat lulus atau gagal

Blog list