Rakan WARTAMAYA

Wednesday, June 2, 2010

Apa cerita ni YB?

Aku tak kira .. baik YB Pakatan tau pun pembangkang, yang tak betul kena cakap tak betul. Yang tak pandai, tak yah buat buat pandai.
Kat bawah ni kenyataan yang dibuat pada tahun 2008. Baca seluruh artikel...

Penyangak kaut RM100j
SHAH ALAM: Hasil `rompakan' membabitkan penggunaan hampir 2,000 lori sehari, penyangak pasir di seluruh Selangor didakwa mampu mengaut keuntungan lebih RM100 juta setahun dan jumlah itu baru membabitkan empat lokasi dikenal pasti setakat ini.

Dalam sehari, penyangak pasir mengangkut keluar sehingga 40,000 tan pasir untuk dijual kepada pihak industri berdasarkan anggaran setiap lori sekurang-kurangnya membuat satu penghantaran 20 tan pasir.

Akibatnya, seluruh kawasan terbabit bertukar daripada subur menjadi seolah-olah zon perang dengan permukaan tanah berlubang seperti dihentam bom.

Ketika mendedahkan perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Yaakob Sapari, berkata ia berlaku sejak lama dan semakin menjadi-jadi.

"Antara 350 hingga 400 lori mengangkut keluar pasir setiap hari dari empat lokasi dikenal pasti. "Keuntungan diperoleh itu hanya dibolot penyangak pasir sedangkan kerajaan negeri tidak mendapat hasil yang boleh digunakan semula bagi kepentingan rakyat," katanya di sini, semalam. Beliau mendedahkan perkara itu selepas melakukan tinjauan tiga jam dari udara bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, pagi semalam.

Empat lokasi dikenal pasti tumpuan utama penyangak pasir di Sungai Langat, Sempadan USJ 1, Bestari Jaya serta Kuala Sungai Sembah. "Walaupun penguatkuasaan dijalankan, penyangak pasir seolah-olah tidak kenal takut. Pada masa sama, kami kekurangan anggota penguat kuasa dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

"Bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan selain mendapatkan hasil kerajaan negeri bagi kepentingan rakyat, kami akan mengambil alih seluruh operasi mengorek pasir bermula 15 Ogos ini," katanya.

Pengambilalihan itu hanya membabitkan syarikat sah dalam kerja berkenaan dan sudah tamat tempoh permitnya manakala bagi kawasan diusahakan secara haram, kerajaan negeri akan terus menutupnya.

Menurut beliau, dengan mengambil alih seluruh operasi berkenaan, kerajaan negeri mampu menjana lebih RM100 juta setahun dan pihak industri akan diberi jaminan bekalan tidak akan berkurangan sebaliknya lebih baik dan menguntungkan kedua-dua pihak.

Selasa
8 Julai 2008
[ Sinar harian ]
Hari ni punya cerita ....
Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang menguruskan perlombongan pasir di Selangor mencatatkan keuntungan RM1.11 juta untuk tiga bulan pertama tahun ini iaitu dari Januari hingga Mac 2010.

Pada tahun 2009, KSSB mencatatkan keuntungan RM9.4 juta manakala September hingga Disember 2009, mereka mendapat untung RM1.99 juta.
- Harakah
Memang la perompak pasir ni dilahirkan sejak zaman gerombolan dulu .. tapi takkan la keuntungan selepas PR berada kat Selangor, jauh lebih rendah? Curi masih berlaku? Mana gi sasaran keuntungan? Khalid kena jelaskan .. jangan gagap gagap ..

Weyyy ... YB kat Selangor ni buat kerja main main ke?
Dah bagi pakai keta cantik pun tak kan susah sangat nak buat keje?
Share/Bookmark

5 comments:

kembara putih June 2, 2010 at 11:16 PM  

Masalah betul dengan puak2 PKR ni. Kenapa la banyak kepincangan datangnya dari PKR? Lompat parti la, skandal bogel la dan skrg songlap pasir pula. PAS dan DAP takde nampak timbulkan banyak masalah. PKR tak patut memerintah Selangor, patut dikurangkan bertanding, serahkan pada PAS memerintah.

Betul juga orang kata PKR dan UMNO sama saja, cuma PKR nampak baik sebab dia berada dalam PR. Imej baik PAS dan DAP buatkan PKR kelihatan baik.

mail lambong June 3, 2010 at 12:05 AM  

nama yang ada didalam artikel kau tu semuanya penyangak yang sebenar..

sakit hati aku dgn yb PKR selangor nie..

bila kena tangkap kes rasuah..mula nak berlakon macam tak buat salah langsung lepas tu panggil penyokong ramai-ramai semasa tangkapan hendak dibuat..

mati hidup semula aku takkan percaya dengan suhaimi dan yaakob tu..lebih-lebih lagi sigagap tu..

kalau korang tak percaya pi tengok kawasan bukit beruntung dah jadi macam kawah..

mangchikla June 3, 2010 at 10:05 AM  

hmmm tingat cita melayu lama 'amponnnnnnn tuanku, dolattttttttt tuanku, man mangsoi mangsoi.. Chey Wong Siung!'

Patek mohon derhaka tuanku... kot la...

Aa,  June 3, 2010 at 11:27 AM  

Hantar Askar tak boleh ke.

Anonymous,  June 3, 2010 at 6:39 PM  

Wak!!!...goblok tenen!!!nang kono nang kene!!!sama aje!!baik UMNO atau PAKATAN....kita digoblokan!!!padan muka aku!!PRU13 tak usah undi...pegi mancing lagi baik!!

Blog list