Rakan WARTAMAYA

Monday, April 19, 2010

Sembab kata APCO bukan syarikat Israel

Isu Apco: Penjelasan Muhyiddin

HULU SELANGOR 18 April - Tindakan pembangkang yang terus mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel disebabkan mereka semakin bimbang dengan kejayaan gagasan berkenaan yang mula diterima oleh rakyat negara ini.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak hairan dengan langkah pembangkang yang terus memainkan isu syarikat perundingan antarabangsa Apco Worldwide (Apco) dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang bermula semalam.

''Apco adalah sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang dilantik oleh kerajaan bagi membolehkan Malaysia lebih dikenali dunia.

''Syarikat itu bukan syarikat zionis atau Israel. Untuk melakukan tugas memperkenalkan Malaysia, ia bukanlah satu tugas yang mudah, oleh itu kita memerlukan syarikat yang profesional melakukannya.[ lagi ]

Pot .... Jawapan anda salah.
Sila cuba lain kali.
Syarikat tempatan tak der yang bagus ke?
Orang Malaysia tak cukup pandai?
Wooo .. kalau gitu tutup je lah syarikat tempatan ... jom kita guna APCO POCOT
Atau .. kita tak payah guna orang tempatan jadi TPM lain kali ?
Share/Bookmark

2 comments:

Mazlin April 19, 2010 at 1:35 PM  

itula nasib kita...kuman di seberang jalan nampak, gajah depan mata tak nampak..org lain jugak yg bagus....
menghabiskan boraih je....

azman kamarul April 19, 2010 at 9:06 PM  

Mengapa "mereka" sanggup berbohong? kerana ramai oraqng yang percaya kepada pembohong.

Maka ramilah pembohong jadi pemimpin.

Blog list