Rakan WARTAMAYA

Sunday, April 18, 2010

Di kutuk kerana Memijak papan tanda membantah pembabitan Apco Worldwide?

IPOH 17 April – Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mewakili umat Islam di negeri ini mengecam tindakan penyokong pembangkang membaling telur busuk dan memijak papan tanda membantah pembabitan Apco Worldwide di Masjid Sultan Idris Shah II di sini semalam.


Menurut mereka, tindakan 'biadab' dan 'kurang ajar' kumpulan tersebut bukan sahaja mencemarkan kesucian masjid malah sangat memalukan agama Islam.


Pengerusi Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, perbuatan mereka merosakkan lagi imej Islam yang kini terjejas teruk akibat dakyah Barat.

"Sekiranya hendak membantah, ada banyak cara lain boleh dibuat, bukannya memilih rumah ibadat untuk berpolitik bagi meraih perhatian rakyat.


"Perbuatan itu memalukan umat Islam," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan penyokong pembangkang mencemarkan kesucian Masjid Sultan Idris Shah II semasa mengadakan demonstrasi di sini petang semalam. - Utusan


Woo ... dikutuk ?

Salah rupanya .. he he he

Politik ke tu? Menentang yahudi pun salah ke?

He he he



Share/Bookmark

0 comments:

Blog list