Rakan WARTAMAYA

Saturday, March 6, 2010

Tak mau rayu, nak masuk PAS?


Zulkifli Enggan Rayu Pemecatan, Kekal Ahli Parlimen
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang baru dipecat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini tidak akan merayu ekoran keputusan itu dan tidak akan melepaskan kerusinya di kawasan terbabit.

Sebaliknya beliau menegaskan akan kekal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat bebas kerana kedudukannya dipilih oleh rakyat bukan parti.

Beliau juga akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya selain tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan.[ lagi ]

"Nasib baik tak rayu .. he he he", kata Leman.
"Nasib PAS tak baik ... hu hu hu", kata Tok Moh
Share/Bookmark

6 comments:

KASIHCIKGU March 6, 2010 at 11:05 PM  

assalamualaikum, sudikan untuk menyenaraikan sgkasai di sini. TQ

azman kamarul March 6, 2010 at 11:38 PM  

MP Kulim Bandar Baru berkata beliau mungkin akan menyertai PAS "dimasa hadapan jika PAS memperjuangkan Islam di masa hadapan"

Kalau PKR tak sesuai dan PAS tidak sesuai dan umno bukan pilihan..apa lagi yang dia mahu agaknya....

Eloklah buat parti baru dan lantik diri sendiri sebagai presidennya...mungkin itu akan menenangkan kegundahannya selama ini.

Anonymous,  March 7, 2010 at 8:33 AM  

Yb zul tak perlu buang masa berfikir arah tuju langkah,kalaulah benar ingin berbakti kejalan tuhanmu,perlu apa parti.Buatlah secara ikhlas iaitu menjadi pendakwah islam[ngo islam].Tinggalkan kerusi mp pada orang yang benar benar berjiwa rakyat dan biarlah rakyat yang membuat pilihan calon yang dihati calon ada rakyat.Pada rakyat datangmu tidak membawa untong pergimu pun tidak ada yang merugikan.

Anonymous,  March 7, 2010 at 8:52 AM  

Zulkifli nordin sepatutnya bergabung dengan Khalid samad tubuh parti baru. Parti 'SENSASI'.

hussin March 7, 2010 at 10:31 AM  

dia ni kan pernah jadi ydp pas kws bdr tun razak? kalau dah pkr pecat dia, maknanya, dia dah tinggalkan pas dan menjadi ahli pkr.

pas nak terima orang macam ni? kalau jln raja laut terima balik, hanya kerana satu sebab - dia saman khalid samad!

kalau setakat nak tambah ahli parlimen dlm pas secara short cut, tak payah la...

belantiboys March 7, 2010 at 5:59 PM  

Bagi pendapat saya pun macam tu, letaklah jawatan anda sebagai MP kerana tugas MP ni bukan hanya sekadar isu agama sahaja. Kasihan rakyat di kawasan anda yg inginkan wakil rakyat yang boleh memahami keinginan setempat dapat di perjuangkan, bukannya wakil rakyat mereka asyik dok bermain sandiwara di dalam parti yang di anutinya sendiri tambahan pula isu2 org tu kafir, org ni firaun,org tu tak cukup islam lah ini boleh merosakkan parti lebih baik saudara letak jawatan berjuanglah secara gerakan bukan kerajaan boleh joint dgn perkasa sorang melayu,sorang islam yang rakyat inginkan kehidupan yang lebih selesa dan terbela ini asyik dok melayu,islam sampai kiamat pun tak akan habis. Saya org pas ingin saya menasihati kepimpinan pas janganlah di terima org seperti ini cukup tidak menguntungkan parti. Percayalah...

Blog list