Rakan WARTAMAYA

Tuesday, March 9, 2010

Siasatan Bekas Setpol Libat Bank Asing, Hartanah Luar Negara

PUTRAJAYA 9 MAC: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas setiausaha politik menteri kanan yang ditahan bersama wang tunai RM2 juta bulan lalu, melibatkan bank asing dan hartanah luar negara.

Lantaran itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, pihaknya memerlukan lebih banyak masa bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

"Kes ini melibatkan akaun bank antarabangsa. Jadi, kita memerlukan masa untuk mengesan harta-harta di luar negara. Beri kami sedikit masa untuk selesaikan siasatan kes ini," katanya pada satu majlis anjuran suruhanjaya berkenaan.

Pada 18 Februari lepas, bekas setiausaha politik itu yang ditahan pada 12 Februari lalu, dibebaskan oleh SPRM dengan jaminan RM50,000.[ lagi ]

Sambil membelek jari Tok Moh menilik .. "Lepas, sangkut, lepas, sangkut, lepas, sangkut, lepas, sangkut, lepas .....".
"Aiii .. macam terlepas jer .. he he he", sampok Leman.
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  March 9, 2010 at 9:11 PM  

woi SPERM brapa banyak masa lagi yg korang ndak..BINAWE..kes sponsor TGNA KE MEKAH dulu CEPAT KORANG SIASAT...BANGSAT PUNYE JAmBAN-TAN.. KAU TAKUT DENGAN MANUSIA TAPI TAK TAKUT PADA ALLAH S.W.T YANG AKAN MEGHAKIMI DOSA-DOSA KAU DALAM KUBUR NANTI...NAMA JE BERAGAMA ISLAM...HUKUM ALLAH KORANG TOLAK TEPI DASAR MUNAFIK...

Blog list