Rakan WARTAMAYA

Friday, March 19, 2010

Parlimen macam sarkas

"Aku tgk parlimen dan jadi pentas kempen. Apa diorang ingat, kita-kita ni makin bongok ke? Dengar tak pikir. Sana hentam sini, sini hentam sana, masalah rakyat tak juga selesai. Apa...diorang ingat kita ni bodoh cam depa ka?", geram Tok Moh.

"Apa citer ni Tok?", tanya Leman bertanya bila mendengar Tok Moh membebel.

"Tak tau la apa lawak nye negara kita ni Leman..hmmmm. Ada speaker pun dah jadi cam tunggul. Masing masing makan gaji buta, akai pun tumpul. Tempat selesai masalah rakyat dijadikan tpt berkempen, diorang tak habis pilihanraya lagi ka? citer bukan-bukan, masing-masing nak tegakkan benang sendiri", rungut Tok Moh lagi.

" Ye la tok, kita rakyat tengok je keletah badut badut tu. Lepas ni kalau time pilihanraya, kita buang je badut badut politik yg suka buang masa dan membazir waktu tu Tok. Apa diorang ingat duit letrik, aircond dan gaji depa tu bapak diorang saje bayar ke?" cadang Leman.

"Tu la Leman, Nko sekolah kan anak kau baik baik Leman dan kalau dah besar nanti jangan jadi badut macam depa. Tanggung jawab tak selesai, asyik nak berkempen tak sudah sudah. Kalau makan gaji nanti buat tanggung jawab betul betul. Jangan makan gaji haram ", kata Tok lagi.
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  March 19, 2010 at 1:57 PM  

Parlimen jadi sarkas BILA kerajaan persekutuan yg tak telus juga yg penuh dgn rasuah.

Bukan setakat Parlimen jadi sarkas, Mahkamah pun sama....

Blog list