Rakan WARTAMAYA

Monday, March 8, 2010

Pakatan bantah pencabulan hak asasi manusia oleh BN

PETALING JAYA, 8 Mac: Para pimpinan Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan pihak polis menghalang majlis ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru semalam akan mengingatkan kembali rakyat kepada era Reformasi 1998.

Dalam kenyataan bersama yang ditandatangani oleh pemimpin ketiga-tiga parti dalam Pakatan itu, mereka berkata, rakyat berhak berhimpun secara aman.

Mereka juga berhak untuk mendengar pemimpin mereka berucap dan memberi pandangan tentang hal Negara.

"Ini adalah hak yang asasi dan yang dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia dan juga diiktiraf di bawah piagam Bangsa Bangsa Bersatu," kata kenyataan yang ditandatangani oleh Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP.[ lagi ]

"Kenapa tutup muka ni Leman?", tanya Tok Moh.
"Malu tok ... gua malu tok .. he he he", jawab Leman.
"Tu la pasal .. lain kali nak bertindak guna akal", nasihat Tok Moh.
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  March 21, 2010 at 2:53 PM  

Hello. And Bye.

Blog list