Rakan WARTAMAYA

Tuesday, February 16, 2010

Pelabur hilang keyakinan di Pulau Pinang?


PULAU PINANG 15 Feb. - Pentadbiran kerajaan negeri yang kini dilihat kelam kabut, dipercayai telah menyebabkan pelabur berpotensi hilang keyakinan untuk melabur di sini.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (gambar) berkata, perkara itu dapat dilihat melalui jumlah pelaburan yang mampu ditarik oleh pakatan pembangkang sejak mentadbir negeri ini.

''Kalau semasa BN memerintah dahulu kita berjaya menarik pelaburan mencecah RM10.6 bilion tetapi sejak kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, mereka hanya berjaya memperolehi RM1.6 bilion.

''Jadi, bagi memastikan ekonomi sentiasa berkembang pesat di negeri ini, rakyat perlu memilih BN memerintah di sini," katanya dalam ucapan sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran parti Gerakan di sini hari ini.[ lagi ]
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list