Rakan WARTAMAYA

Friday, January 15, 2010

YBK: Organisasi Kebajikan atau Perniagaan?

Bagaimana Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor mendapat tanah yang sebegitu besar, dilaporkan sehingga 1,642 ekar, di Serendah dan tidak membayar cukai tanah?

Dilaporkan juga hutang cukai tanah YBK kepada kerajaan negeri Selangor adalah lebih RM5 juta. Berapa yang telah dibayar oleh YBK kepada kerajaan negeri untuk mendapat pemilikan tanah-tanahnya?

Laman web YBK pada 8 Januari 2010, melaporkan kenyataan media Pengerusi YBK, Dato’ Zainal Abidin Sakom yang “merayu agar pihak koperat membantu YBK menyelamatkan tanah-tanah PYBK sebelum dirampas oleh Kerajaan Negeri Selangor kerana tunggakan cukai hampir RM6juta yang membolehkan kerajaan negeri merampas tanah YBK tersebut”.

Nampaknya banyak lagi tanah lain yang dimiliki oleh YBK. Apakah pertimbangan kerajaan negeri sebelum ini dalam membuat keputusan menganugerahkan begitu banyak tanah kepada YBK?

YBK, meski ditubuhkan untuk membantu usaha pembasmian kemiskinan di negeri Selangor, kini telah berkembang menjadi badan perniagaan dengan anak-anak syarikat yang terlibat dalam pelbagai aktiviti termasuk pembangunan, penjualan kereta dan sebagainya. [ lagi ]

Betul tu ... soalan bagus.
Basmi kemiskinan atau basmi simiskin? He he he
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list