Rakan WARTAMAYA

Monday, January 4, 2010

Tidak mahu lagi jawapan “masih dikaji”, “masih disiasat”


KUALA LUMPUR 4 Jan. – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini menegaskan perlunya perkhidmatan kerajaan bertindak segera terhadap aduan orang ramai selaras dengan cita rasa pelanggan yang sentiasa inginkan perkhidmatan terbaik serta respons terpantas.

“Mereka inginkan tindakan segera dibuat kepada setiap aduan yang dilontarkan. Kita tidak boleh lagi bagi jawapan ‘masih dikaji’ atau ‘masih disiasat’ sebagai alasan kepada aduan mereka.

“Kalau boleh, kita nak, sesuatu aduan itu dibuat tindakan dalam masa satu hari atau satu jam, bukan lagi satu minggu atau satu bulan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pusat panggilan setempat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini. [ lagi ]

Standard la .. he he he
Mana enjin? he he he
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  January 4, 2010 at 8:34 PM  

bagaimana kes PKFZ, kugan, teoh beng hock, penipuan undi oleh SPR

Anonymous,  January 6, 2010 at 8:42 AM  

Dear Ano,

Berdasarkan kepada laporan anda berkaitan :bagaimana kes PKFZ, kugan, teoh beng hock, penipuan undi oleh SPR.

Sukacita kami menyatakan bahawa semua kes AKAN DAN AKAN DIKAJI.

Sekian terima kasih

hehehehe

Blog list