Rakan WARTAMAYA

Thursday, January 7, 2010

Perubahan harga rokok tidak menjejaskan

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Perubahan harga rokok pada kadar minimum sebanyak RM6.40 bagi 20 batang, dilihat tidak memberikan sebarang kesan besar kepada para pengeluar utama syarikat rokok.

Penganalisis OSK Research, Vincent Lim berkata, pandangan itu mengambil kira harga paling murah bagi rokok berkualiti di pasaran adalah RM7.80 sekotak.

Malah, peraturan harga minimum mungkin memberi kelebihan kepada British American Tobacco, Japan Tobacco International dan Philip Morris kerana jurang perbezaan di antara harga rokok yang berkualiti tinggi dan rendah terlalu hampir.[ lagi ]

Terus je naik yoeb .. apa gimik gimik. Ni bukan gula .. ni bukan minyak .. he he he
Kalau boleh naikkan harga semua barang lagi best .... he he he
Gua mau tengok semua kelam kabut ..
Share/Bookmark

1 comments:

perompak harta rakyat January 7, 2010 at 11:07 AM  

Alhamdulillah.. nilah kali pertama dalam beberapa tahun kebelakangan ni aku tak takut tengok harga rokok naik...

sebab aku dah berenti.... kalau tak dulu setiap kali arga rokok naik hati aku akan jadi berdebar-debar dan runsing....

buat sesapa yang merokok tapi ada keazaman nak berenti tu... aku ucapkan selamat berjaya...

pasal aku dulu pun masa nak berenti... rasa macam baru putus cinta je... lagi 1... cepat ngantuk..

tapi kalau 6 bulan korang berjaya tahan.... InsyaAllah korang boleh lupakan terus rokok....

Blog list