Rakan WARTAMAYA

Sunday, January 31, 2010

Muhyiddin lancar laman web rasmi


KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan laman web rasmi politik beliau sempena Dialog Idealisme Generasi Muda anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini, semalam.

Laman web rasmi pertama yang dibangunkan itu khusus untuk Timbalan Perdana Menteri membentangkan aktiviti dan perjalanan perjuangan politiknya serta kemasyarakatan, selain berhubung dengan rakyat melalui media baru bagi mendapatkan pandangan umum yang boleh membantunya mewujudkan kesejahteraan sekali gus melonjakkan pembangunan agama, bangsa dan tanah air tercinta.

Laman web itu mempunyai ruang interaksi dua hala di antara Muhyiddin dengan rakyat dan boleh dilayari di http://www.my-malaysia.com.my, turut memuatkan koleksi ucapan dan liputan berita dalam dan luar negara mengenainya.[ lagi ]

My malaysia .... 1 malaysia .. he he he
Macam macam adaaaaa ... he he he
Share/Bookmark

2 comments:

Ayid January 31, 2010 at 1:24 PM  

Salam awak, Mohon link blog ana wak. Blog wak ada link kat blog ana. Syukran

Anonymous,  February 1, 2010 at 4:27 PM  

dah tak cukup dengan radio, TV dan akhbar ka?

Blog list