Rakan WARTAMAYA

Friday, January 29, 2010

Khalid digantung jawatan, Hassan Ali diberi amaran


KUALA LUMPUR, 29 Jan: Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.

Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang ini.

Menurut Tuan Ibrahim, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali. [ lagi ]

Dah agak dah .. dah macam serupa ... he he he
Khalid yang kena ? He he he
Hassan setakat warning je? he he he
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  January 30, 2010 at 8:26 AM  

ulamak Pas dah jadi macam ulamak UMNO, nak jadi sampah masyarakat

Blog list