Rakan WARTAMAYA

Monday, January 4, 2010

Kerenah rejim Israel macam kanak-kanak


RIYADH - Arab Saudi kelmarin menyamakan kerenah Israel seperti kanak-kanak yang terlalu diberi muka kerana dapat mengelak sebarang hukuman walaupun rejim itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan melakukan jenayah perang.

Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud al-Faisal Abdulaziz turut menggesa negara-negara dunia mengambil pendirian kukuh dan serius untuk menghentikan dasar penempatan Israel dalam wilayah Palestin.

"Penyelesaian gagal dicapai kerana layanan istimewa yang diterima Israel.

"Apabila ada negara mencabuli undang-undang antarabangsa, mereka akan dihukum, tetapi tidak Israel. Israel kini sudah menjadi kanak-kanak yang terlalu dimanjakan dalam komuniti antarabangsa," katanya. [ lagi ]

Rejim semua cam ni ke? ... he he
Cam berita dalam negara jerkkk ...
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  January 5, 2010 at 3:27 PM  

rejim UMNO dan BN di malaysia, apa kurangnya? macam belanda minta tanah, perabih wang petronas, tiada wang, tekan dan tindas rakyat

Blog list