Rakan WARTAMAYA

Thursday, January 14, 2010

Jawatankuasa khas pantau prosedur kemasukan warga asing


PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Induk Penambahbaikan Pengurusan dan Pemantauan Warga Asing (JIPP Warga Asing) bagi mengkaji semula semua aspek membabitkan prosedur kemasukan warga asing ke negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata jawatankuasa itu akan meneliti prosedur kemasukan warga asing sedia ada termasuk visa, pas dan permit serta memastikan mekanisme itu tidak disalah guna hingga menjejaskan keselamatan negara.

"Kementerian sedang mengkaji semula kemudahan transit tanpa visa, memperketatkan kemasukan masuk, meningkatkan ciri-ciri keselamatan pengeluaran visa, mengurangkan tempoh sah visa tanpa rujukan dan mewujudkan kerjasama dua hala dengan negara jiran yang dikenal pasti menjadi pintu masuk alternatif ke negara ini. [ lagi ]

Macam bersungguh jerk ....
semua menteri pun cakap cam tu .. he he he
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list