Rakan WARTAMAYA

Wednesday, January 6, 2010

Enjin jet F-5E hilang: Dua termasuk sarjan TUDM didakwa hari ini

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Anggota tentera berpangkat sarjan bersama seorang awam akan didakwa esok berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 2007.

Sarjan TUDM itu akan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 atas tuduhan melakukan kesalahan curi dalam bangunan dan menolong menghapuskan barang curi.

Orang awam berusia 36 tahun yang merupakan pengarah di syarikat yang terlibat dengan industri penerbangan itu pula didakwa di bawah Seksyen 414 kanun sama.[ lagi ]

Minta penerbit filem hongkong buat filem pasai curi enjin ni.
Mesti box office .. camana Sajen boleh bawah lari barang RM100 juta, tanpa orang sedar ...
Yang bestnya .. AG puas hati sebab orang atas tak terlibat. Cuma terlelap .. he he he
Share/Bookmark

3 comments:

Anonymous,  January 6, 2010 at 10:02 AM  

siasat la pihak atasan yg duit berkepuk tu..kerajaan malaysia x telus..

Anonymous,  January 6, 2010 at 12:10 PM  

Menjual dua injin jet yang begitu canggih, begitu mahal berharga RM100 juta, hanya dilakukan oleh seorang sarjan dan seorang kontraktor sahaja?

Hebat! Memang hebat askar Malaysia!!!

Patut le C4 pun banyak yang hilang!!

Yong January 6, 2010 at 1:15 PM  

Bodoh punya sarjan. Dah curi ejen, tentu dah jadi jutawan. Awat duduk lagi kat TUDM?

Blog list