Rakan WARTAMAYA

Sunday, January 24, 2010

Alfatihah

Ghazali Shafie Meninggal

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Bekas Menteri Dalam Negeri Tun Ghazali Shafie meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya di sini kira-kira 7.45 malam Ahad.

Kematian Ghazali, 88, disahkan oleh cucunya Farah ketika dihubungi.

Ghazali, dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, meninggalkan dua orang anak lelaki Bachtiaer dan Sheriffudin.

Isteri beliau Toh Puan Khatijah Abdul Majid meninggal dunia pada April 2008.-- BERNAMA

Teringat ketika Allahyarham terselamat ketika jatuh helikopter satu ketika dulu. Alfatihah.


Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  January 25, 2010 at 7:36 AM  

Masih teringat lagi beliau memujuk pengundi-pengundi Melayu DUN Cheka, K. Lipis, Pahang yang sudah mirip ke Pas agar mengundi BN semasa PR 2004. DUN diwakili oleh calon MCA: "...Pas boleh buat apa?...Kalau pilih Pas, kamu tidak akan dapat bekalan elektrik, tidak dapat bekalan air paip, tidak dapat jalan bertar, tidak dapat sekolah cantik-cantik...bla...bla.." kepada orang Melayu kampong pendalaman. Akhirnya menang MCA dengan mejoriti undi dari kawasan Melayu!!!
Sekarang, kampong-kampong pendalaman itu tinggal seperti itu juga bahkan bertambah sunyi!!!

Blog list