Walaupun mohon maaf, pijak poster bukti kelakuan buruk pemimpin DAP - Zambry
IPOH- Walaupun DAP telah memohon maaf kerana memijak poster wajah tiga anggota bebas Dewan Undangan Negeri Perak, budaya tidak beradab itu telah membuktikan kelakuan buruk pemimpin parti itu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata, tindakan tidak beradab itu sewajarnya dijadikan teladan berguna kepada semua pemimpin dan penyokong parti politik terutama pembangkang.
"Jangan sesekali bermain dengan politik emosi kerana ia bukan sahaja bahaya tetapi implikasinya amat besar," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas kenyataan setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming semalam yang memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana perbuatan beberapa pemimpin parti itu memijak poster wajah tiga Adun itu yang dahulunya mewakili sama ada DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).
- + selanjutnya
Kata dulang, kata pahat
Kata orang ... dia lagi dasaaaatttttt... !!!
0 comments:
Post a Comment