Rakan WARTAMAYA

Thursday, December 10, 2009

Polis gunakan alasan "warga asing": Kevin gagal jadi panelis malam ini


Kevin Tan gagal tampil sebagai panelis untuk forum yang bertemakan "Ke arah mana Perlembagaan? Natijah dari Krisis Perak" (Whither the Constitution? Lessons to be learnt from the Perak Crisis), anjuran MerdekaReview pada malam ini, apabila polis mengenakan syarat untuk mendapatkan "Pas Ikhtisas" atas alasan beliau seorang warga asing.

Pihak MerdekaReview telah memohon permit untuk forum ini pada Jumaat yang lalu (4 Disember) daripada IPD Petaling Jaya. Ketika staf MerdekaReview mengikuti perkembangannya semalam (8 Disember), kami diberitahu oleh pihak polis bahawa permit tidak diluluskan kerana Kevin Tan seorang warga asing. Menurut polis, Kevin Tan perlu memohon Pas Ikhtisas daripada Jabatan Imigresen Malaysia untuk memenuhi syarat sebagai panelis. - + selanjutnya
Share/Bookmark

1 comments:

Yong December 10, 2009 at 7:49 AM  

First, Yong nak tanya: Orang Singapore sibuk dengan hal negeri Yong ni apesal? Bukan dia boleh tolong. Ingat, dulu omputih kate negeri Yong huru hara sebab ade 2kelompok Cina lombong gaduh. Konon pembesar Melayu tak dapat selesaikan. Paksa Raja ikut perjanjian pangkor. Sejak tu habis 1Tanah Melayu.

Second, Yong nak tanya: sejak bila orang nak jadi penal kena dapat pas dari imigresen? Beribu2 dah consultant, academician datang ke 1Malaysia buat seminar etc, ade deme dapat pas dari imigresen? Walaupun Yong taksuke warga asing menyibuk hei (hal) negeri Yong, tapi alasan pihak gomen lansung tak munasabah.

Third, Yong nak pesan kat kome yang keroje gomen ni: Ade dikotomi politik dan pentadbiran. Miker buat le keroje yang bebas dari politik. Kot miker zalim, miker kena jawab kat SANA nanti, boleh jawab ke?

Fourth, Teman nak kabor kat 1Malaysia: Jika semua negara 1Dunia buat gini, alamat takde le rakyat Malaysia yang jadi panel di peringkat antarabangsa.

Yong bukan rasis.

Blog list