Rakan WARTAMAYA

Wednesday, December 9, 2009

Skandal Hospital Shah Alam Dibawa Ke PAC


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Phua Khiam Wee akan membawa isu sekitar pembinaan Hospital Shah Alam ke perhatian Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Bercakap kepada media di ruang legar Parlimen petang tadi, Tony berkata kecurigaan-kecurigaan sekitar pembinaan projek bernilai hampir separuh billion ringgit ini akan dibincangkan dalam sesi PAC hari ini.

“Walaupun banyak sejarah mengenai projek tidak munasabah, kerajaan masih lagi tidak belajar dan hari ini terus memberikan pembinaan infrastruktur awam dan bangunan hospital melalui rundingan kepada syarikat yang tidak dikenali dan tidak berpengalaman," katanya.

Pembinaan Hospital Shah Alam mencetuskan skandal apabila portal media Malaysiakini melaporkan kos projek itu meningkat dari sebanyak 60 peratus dari kos asal. - + selanjutnya

He he .. ini kes kejap kejap .. lepas bawak, jadi senyap ..
He he he ... .
Share/Bookmark

1 comments:

mangchikla December 9, 2009 at 5:45 PM  

leceh nyer . kat seksyen 7 sebelah petronas ke?

Blog list