Rakan WARTAMAYA

Saturday, December 12, 2009

Peguam Akan Bertindak - Azmin Ali


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Ketua Pemuda MIC, S.A. Vickneswaran dan akhbar Utusan Malaysia berhubung dakwaan kononya beliau memiliki saham bernilai jutaan ringgit.

Menurut Azmin dakwaan tersebut tidak berasas malah menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan adalah berniat jahat serta bermotifkan politik untuk merosakkan reputasi beliau.

"Peguam saya telah pun mengemukakan notis of demand kepada pihak pertama,Utusan Malaysia dan juga Vigneswaran dan kedua dua pihak telah menjawab surat peguam saya dan tindakan susulan akan diambil secepat mungkin kerana saya tidak ada disini lebih tiga minggu dan saya baru sahaja kembali ke tanah air beberapa hari lalu dan telah pun mengarahkan kepada peguam saya untuk mengemukakan prosiding guaman terhadap Anuar Shaari dan mana-mana individu dan pihak yang membuat dan melaporkan fitnah yang jahat ini tidak terkecuali"katanya. [ lagi ]
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list