Nazri dicabar letak jawatan Ketua Whip BN
KUALA KANGSAR 25 Dis. - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dicabar meletak jawatan sebagai Ketua Whip Barisan Nasional (BN) kerana gagal memastikan wakil kerajaan hadir semasa pengundian meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia lbrahim berkata, tugas serta tanggungjawab itu amat penting dan perlu dipandang serius oleh semua wakil rakyat BN.
''Saya kesal, saya rasa beliau (Mohamed Nazri) patut letak jawatan kerana kegagalannya sebagai Ketua Whip BN amat ketara.
''Dalam keadaan politik sekarang, semua wakil rakyat dan Datuk Seri Mohamed Nazri perlu berada di dalam negara dan tak perlu cuti, tumpukan kepada kerja. Saya sangat kecewa, bayangkan kalau bajet tak lulus," katanya.[ lagi ]
0 comments:
Post a Comment