Rakan WARTAMAYA

Friday, December 25, 2009

Guan Eng jangan cakap sedap mulut - Khalid


KUALA LUMPUR 24 Dis. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mungkin diambil tindakan mengikut Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan kononnya Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock mati dibunuh.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut pada persidangan Konvensyen Pakatan Rakyat, baru- baru ini.

Sehubungan itu, satu laporan telah dibuat oleh polis sendiri di sebuah balai polis di Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, sesiapa pun termasuk Guan Eng tidak mempunyai hak untuk membincangkan mana-mana perkara yang masih dalam inkues.

"Saya nasihatkan Yang Berhormat supaya tidak bercakap sesedap mulut. Bila bercakap pasal bunuh, ia boleh menghasut orang mempercayai yang mangsa dibunuh walhal inkues masih dijalankan," katanya.[ lagi ]
Share/Bookmark

4 comments:

mangchikla December 25, 2009 at 11:49 AM  

Sheriff of Notingham Forest... Err Sheriff og ManU ade ke?

Anonymous,  December 25, 2009 at 2:57 PM  

Polis jangan bertindak sedap rasa. Kalau pembangkang tak payah orang lain buat repot, polis sendiri buat repot utk bertindak. Kes toyol dan balkis dah direpot kenapa tak bunyi apa-apa dari polis. Sahlah polis cawangan umno.

Anonymous,  December 25, 2009 at 9:44 PM  

apa punya statement camni, dulu masa kes anwar belum apa lagi cek det kata
dia bersalah walhal belum bicara kat m,ahkamah lagi, korang sengap je!!
pungkok hang eh!!

gelong gajah,  December 26, 2009 at 6:04 AM  

Pirraaah ..elok polis jahit ja la mulot rakyat mesia ni..kes mahkamah tak boleh cakap , keputusan mahkamah kanggaro pun kena angguk ja la..

mana kes anak toyo ..mana kes bala , mana kes mad said seperma ,mana kes enjin jet ..berapa lama nak siasat ..

pantas macam kilat kalau kena kat pembangkang..

IO bahagian jenayah politik sedia maklum..kawan2 kita jugak ..mereka pun naik fedup bila kes sabit kan vip umno...

Blog list