Email : Rungutan ibu bapa pelajar
Yusri688@xxx.xxx
Saya memohon Pihak wartamaya menyiarkan masalah saya dengan pihak sekolah asrama yang cuba untuk bodohkan rakyat.
Semalam, saya telah menghantar anak saya ke sebuah sekolah asrama di Negeri Sembilan. Anak saya itu sedang menduduki peperiksaan SPM untuk tahun ini dan beberapa kertas peperiksaan telah di selesaikan pada hari Khamis lepas. Selepas selesai, pihak sekolah beri arahan kepada anak saya untuk pulang ke rumah. Tiada alasan diberi. Anak saya terpaksa menaiki bas dan komuter selepas kertas peperiksaan tersebut dan sampai ke rumah yang jaraknya 200km pada jam 9.00 malam. Selepas itu kertas peperiksaannya akan di sambung pada hari Rabu dan semalam saya hantar beliau pulang ke asrama semula.
Pada hari rabu nanti, dia akan sekali lagi pulang ke rumah dan seterusnya akan kembali semula ke asrama pada minggu hadapannya pula. Bermakna di dalam tempoh peperiksaan, anak saya terpaksa berulang alik dari asrama ke rumah saya sebanyak 3 ke 4 kali pada bulan lepas dan bulan ini.
Masalahnya, kenapa pihak asrama tidak meletakkan mereka pada jagaan mereka agar mereka senang mentelaah pelajaran bersama sama di asrama?
Saya bertanya dengan seorang kawan saya yang menerima nasib yang sama. Anak dia bersekolah di sebuah sekolah Teknik di Negeri Selangor. Keadaannya yang serupa berlaku. Pada hari Ahad lepas dia hantar anaknya ke asrama dan pada hari rabu nanti dia di arah untuk mebawa pulang anaknya. Seterusnya dia dikehendaki semua pulang ke asrama pada minggu berikutnya.
Dia ada menghubungi guru asrama dan berikut adalah alasan alasan yang diberikan,
Alasan 1 : Ramai ibu bapa dan anak anak yang mahu pulang kekampung berbanding menetap di asrama.Kerana tidak berpuas hati dengan alasan guru tersebut, Teman itu terpaksa menghubungi Pejabat Pelajaran Negeri dan pegawai yang dihubungi itu memberitahu perkara tersebut tidak patut berlaku kerana peruntukan makan dan penetapan murid sehingga SPM Selesai. Teman itu di saran oleh pegawai berkenaan untuk menghubungi Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Kemusykilan : Soal selidik dibuat antara murid dan diberitahu bahawa mereka tidak ditanya untuk pulang atau menetap. Bebanan kepada pelajar yang terpaksa pulang ke negeri lain, jarak yang cukup jauh sedangkan terpaksa untuk berulang alik.
Alasan 2 : Guru berkata, sekarang cuti hujung tahun. Semua murid pulang ke kampong.
Kemuskilan : Cuti hanya untuk pelajar Tingkatan 4 sahaja, sedangkan kepada pelajar tingkatan 5 mereka menghadapi peperiksaan .. Seluruh Malaysia pun tahu.
Alasan 3 : Ramai student yang berdua-duaan ketika berada di asrama (bercinta).
Kemuskilan : Kenapa tidak diambil tindakan kepada hanya pada murid murid yang melakukan perkara tersebut? Kenapa pelajar lain yang ingin belajar terpaksa menghadapi tindakan yang sama?
Lalu di talipon nya Kementerian tersebut dan Berjaya menghubungi pegawai yang sedang berkursus di Port Dickson, Negeri Sembilan. Pegawai itu terkejut dengan alasan yang Pihak Sekolah Teknik berikan dan janjinya, dia akan menghubungi Pengetua sekolah berkenaan. Malangnya pengetua sedang bercuti. Dia sempat bercakap dengan guru pembantunya. Kejadian itu sah berlaku. Selepas dihubungi, Pegawai Kementerian tadi meng hubungi semula teman tadi dan memberitahu perkembangan.
Hasilnya:
Sekolah terpaksa membatalkan arahan kepada murid murid untuk pulang ke kampong ketika peperiksaan. Kepada murid pula, mereka di sajikan dengan makanan yang ala kadar, sambil pihak kantin asrama membebel .. “Hah .. makan ni aja. Nasib la korang, sapa suruh tak mahu pulang ke rumah”.
Pelajar terpaksa menahan sabar. Tapi nasihat saya kepada ibu bapa yang ada diluar sana, sila pastikan anak anda dijaga dilayan dengan sepatutnya. Mereka sedang menghadapi peperiksaan. Saya adalah golongan ibubapa yang kurang berpendapatan. Anak saya mahu belajar, tetapi terpaksa menghantar dan membawa pulang anak serta berdepan pula dengan masalah kewangan. Anak saya pula terpaksa membawa buku rujukan untuk ulangkaji ke sana kemari, ke merata-rata tempat. Perkara ini sudah berlaku sejak sekian lama. Pernah di kritik, tapi sampai sekarang tidak berubah.
Soalan saya, kenapa perkara ini berlaku dan kemana peruntukan makanan diasrama sedangkan murid murid tidak berada di sana kerana di arah pulang?
Terima Kaseh.
2 comments:
tulis dlm sinar harian edisi KL, respon akan lebih positif
saya rasa perlu masuk TV3...atau minta Mazidul Akmal tulis dalam blognya
Post a Comment