Rakan WARTAMAYA

Saturday, December 5, 2009

Dulu tutup, sekarang dedah


Siasatan tanah runtuh Bukit Antarabangsa boleh didedahkan

TAMPIN 5 Dis. - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini boleh mendedahkan kepada umum laporan siasatan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada Disember tahun lepas, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.

Beliau berkata kerajaan meluluskan permohonan MPAJ untuk mendedahkan kepada umum laporan siasatan itu dalam mesyuarat Kabinet semalam.

"Keputusan itu bertujuan memastikan kepentingan dan keselamatan penduduk di kawasan itu terjamin. Saya berharap MPAJ tidak hanya mendedahkan laporan ini semata-mata tetapi perlu memahami dan melakukan perkara yang dicadangkan untuk memperbaiki keadaan di kawasan itu supaya kemungkinan kejadian sama berulang dapat dikurangkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis gotong royong membaiki rumah keluarga miskin di Kampung Baru Air Kuning Selatan, dekat sini hari ini. - BERNAMA

Apa yang susah sangat tu?
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list