Rakan WARTAMAYA

Saturday, December 5, 2009

Misteri Pejabat SPRM, Shah Alam

Pengawal nampak lembaga 'Teoh' di pejabat SPRM
Tiga individu mendakwa mereka ternampak satu lembaga yang menyerupai mendiang Teoh Beng Hock merayau-rayau di ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam, Shah Alam.

Menurut laporan akhbar China Press, lembaga tersebut dilihat di tingkat lima bangunan tersebut - tempat Teoh ditemui mati dan di tingkat 14, iaitu pejabat SPRM Selangor.

Laporan itu menyebut seorang pengawal keselamatan dan dua pegawai SPRM terserempak dengan lembaga itu sekitar bulan Oktober lalu - lebih dua bulan selepas Teoh ditemui mati.

Pengawal keselamatan tersebut yang enggan namanya disebut berkata, dia tidak nampak muka lembaga itu, tetapi ia berpakaian sama seperti yang dipakai mendiang ketika datang ke pejabat SPRM dulu. - + selanjutnya

Pengawal keselamatan itu juga menceritakan pengalaman seorang pegawai SPRM,

"Ketika dia duduk di sofa menonton TV, tiba tiba dia merasa sesuatu menggigit lehernya dan bila dia periksa, terdapat tanda merah di leher. Ketika dia berada di 'ruang tetamu', dia nampak Teoh berjalan keluar dari pejabat. Kemudian pengawai itu rasa kakinya ditarik oleh sesuatu. Dia ketakutan dan berlari keluar.

Berikutan itu, pegawai itu meminta untuk ditukarkan ke Putra Jaya dan tidak pulang lagi. Terjemahan dari SINI.
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  December 5, 2009 at 8:04 AM  

Abis la orang yang bunuh dia. Nanti disedut darah kau sampai kering.

Blog list