Rakan WARTAMAYA

Thursday, December 10, 2009

Ahmad Ismail Kembali Dalam Umno: DAP Cabar Gerakan, MCA Nyata Pendirian


Pemimpin DAP hari ini mencabar parti komponen Barisan Nasional (BN), Gerakan dan MCA menyatakan pendirian terhadap keputusan Umno memendekkan tempoh pergantungan pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk ahmad Ismail.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua berkata keputusan itu memperlihatkan Umno tidak serius dalam membawa konsep 1 Malaysia.

“Adakah Umno masih memegang ideologi ketuanan Melayu, atau adakah konsep 1Malaysia telah diterima sepenuhnya?,” katanya di Lobi Parlimen.

Bekas Ketua Umno Bukit Bendera itu digantung setelah menggelarkan kaum bukan Melayu sebagai pendatang semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh yang menyaksikan kemunculan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list