SPRM Tahan 6 Ahli Umno Bahagian Kota Tinggi
JOHOR BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan enam ahli Umno Bahagian Kota Tinggi, termasuk ketua pemudanya berhubung dakwaan cuba memberi rasuah berjumlah RM40,000 kepada tiga bekas ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda bahagian itu. Anggota Pemuda yang berusia antara 30 dan 40 tahun itu ditahan di rumah salah seorang AJK Pemuda bahagian itu pada pukul 2 petang tadi selepas suspek didakwa cuba memujuk AJK berkenaan untuk menarik semula hasrat untuk meletakkan jawatan masing-masing.
Difahamkan suspek berbuat demikian kerana 18 daripada AJK Pemuda bahagian itu telah meletakkan jawatan mereka minggu lalu atas alasan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan suspek sebagai Ketua Pemuda. Sumber memberitahu, peletakan jawatan beramai-ramai itu menyebabkan suspek cuba mengadakan 'rundingan' dengan tiga AJK berkenaan bagi mengelakkan satu pemilihan baru diadakan. Sumber mengesahkan salah seorang daripada tiga orang AJK berkenaan didakwa telah menghubungi pihak SPRM sebelum proses rundingan itu berlangsung. - + selanjutnya
2 comments:
lawan nyer 'jerung'
tangkap ikan bilis buat sarapan pagi makan dengan nasi lemak.
Post a Comment