Rakan WARTAMAYA

Friday, November 20, 2009

Keluarga Saman Kerajaan Dan 10 Yang Lain RM105 Juta


IPOH: Tiga bapa kepada tiga pelajar yang meninggal dunia dalam tragedi jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di Kampar pada 26 Oktober lepas hari ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM105 juta daripada 10 defendan.

Dalam saman itu, K.Mageswaran, K.Vasudevan dan T. Nathan menamakan sebegai defendan, guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, guru besar SJKT Gopeng; Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan; Pengarah Pelajaran Negeri Perak; Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar; Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak dan Komanden Kem 1Malaysia Kuala Dipang. - + selanjutnya
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  November 21, 2009 at 6:07 AM  

Kenapa tak saman menteri pelajaran dan PM kerana program 1 Malaysia?

Blog list