SPRM Hanya Boleh Soal Siasat Saksi Waktu Pejabat Sahaja
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini tidak boleh lagi menyoal siasat saksi hingga ke malam berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa soal siasat hanya boleh dilakukan pada waktu pejabat iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.
Dalam penghakimannya, Hakim Mohd Ariff Md Yusof memutuskan bahawa Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM 2009 tidak memberi kuasa kepada suruhanjaya itu untuk menjalankan penyiasatan terhadap seseorang saksi sepanjang hari dan malam.
"Frasa 'hari ke hari' dalam seksyen berkenaan bukan bermaksud 24 jam, tetapi waktu bekerja biasa," kata Mohd Ariff dalam keputusan bersejarah itu yang disampaikan pada pukul 2.50 petang.- + selanjutnya
1 comments:
Siang atau malam SPRM kerja dalam gelap! tiada kebenaran, hanya penipuan.
Post a Comment