Mahkamah tidak berhak putuskan kedudukan Dun Kota Seputeh
KUALA LUMPUR, 19 Nov: Speaker Dun Perak V. Sivakumar semalam menegaskan bahawa kedudukan kerusi Dun Kota Seputeh sama ada kosong atau sebaliknya mesti diputuskan oleh Speaker Dun sendiri.
"Apa yang berlaku dalam Dewan Undangan Negeri mesti diselesaikan dewan (Undangan Negeri), tidak perlu pada keputusan Mahkamah."
Ujar Sivakumar, tindakan Speaker Dun Kedah Datuk Dr. Abdul Isa Ismail mengumumkan kekosongan Dun tersebut berdasarkan Surat Kekosongan Dun yang diterimanya sebelum ini, adalah muktamad.
"Keputusan Speaker (DUN) Kedah adalah muktamad, tidak perlu dan tidak boleh dibawa ke Mahkamah."
Tambahnya lagi, Speaker Dun hanya diminta memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) badap pelaksana itu boleh mengadakan suatu pilihanraya kecil dalam masa 60 hari.
Beliau juga mencabar BN menunjukkan klausa undang-undang yang membenarkan SPR atau Mahkamah sendiri berhak mendahului keputusan Speaker Dun.- + selanjutnya
2 comments:
pilihanraya BN tak boleh menang kena guna mahkamah.
la.. speaker lain x tau ke atau hakim x blajar undang2..
Post a Comment