Rakan WARTAMAYA

Wednesday, November 4, 2009

ROS sedia ke mahkamah berhubung isu MCA: Hishammuddin


KUALA LUMPUR - Pendaftar Pertubuhan (ROS) bersedia ke mahkamah sekiranya Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mencabar keputusannya mengembalikan semula kedudukan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai Timbalan Presiden MCA.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan ROS adalah berdasarkan tiga perkara utama iaitu undang-undang negara, Akta Pertubuhan 1996 dan perlembagaan MCA, dan dengan itu ROS sedia untuk memperjelaskannya di mahkamah.

"Keputusan diambil setelah ROS mengambil kira semua perkara dan melakukan kajian yang teliti. Saya cukup yakin sekiranya perkara ini hendak dibawa ke mahkamah, kita di kementerian dan ROS akan memperjelaskan dan mempertahankan apa yang telah diputuskan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. - Bernama
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list