Rakyat tetap sokong Tok Guru Nik Aziz
SHAH ALAM – :Keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan terhakis walaupun kebelakangan ini beliau dihujani pelbagai tohmahan.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Nik Abdul Aziz tetap disegani dan dihormati oleh rakyat.
Menurutnya, dua isu hangat iaitu berhubung tajaan haji dan pelantikan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, adalah isu kecil yang ditangani dengan baik oleh Nik Abdul Aziz.
“Isu berhubung tajaan haji menjadi mainan media, sehinggakan beliau (Nik Abdul Aziz) membuat keputusan membatalkan hasratnya itu.
“Keputusan itu sedikit sebanyak menggambarkan sikap sebenar Menteri Besar Kelantan itu yang bersedia menerima pandangan, kritikan dan nasihat daripada semua pihak.
“Memang jika diukur dari sudut kecewa, ternyata Tok Guru kecewa kerana beliau rindu untuk beribadat di sana, tetapi apa nak buat, demi memenuhi kehendak semua pihak yang tidak putus-putus menghangatkan isu ini, (Nik Abdul Aziz) membatalkan hasrat tersebut,” katanya ketika dihubungi: Sinar Harian: semalam. - + selanjutnya
1 comments:
sokong penuh TGNA dan blog yang bersamanya.
Post a Comment