Penswastaan beri beban kepada rakyat
KUALA LUMPUR - Penswastaan badan-badan kerajaan memberi impak ke atas kehidupan rakyat yang semakin dibebani taraf hidup kian meningkat saban hari, kata Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.
Menurutnya, dasar ekonomi kerajaan yang menswastakan pelbagai agensi dilihat tidak membantu, malah membebankan dan merampas hak rakyat.
“Kerajaan kata rakyat layak mendapat taraf kesihatan lebih baik, jalan raya selesa dan pelbagai kemudahan asas lain. Namun melalui penswastaan pelbagai badan ini, rakyat terpaksa menanggung kos tinggi.
“Ini jelas menunjukkan melalui penswastaan air dan jalan raya, rakyat membayar lebih tinggi, se:dangkan masih ada rakyat berpendapata:n rendah dan hidup susah,” katanya. - + selanjutnya
1 comments:
Pengswastaan penting untuk mengkayakan pemimpin BN
Post a Comment