Rakan WARTAMAYA

Monday, November 16, 2009

LAPOR SEGERA SPRM DAKWAAN RASUAH S/U POLITIK PM: GERAK


[...] Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi (GERAK Malaysia) menggesa agar YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju untuk melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang dakwaan rasuah yang melibatkan Setiausaha Politik Perdana Menteri sepertimana yang dinyatakan oleh beliau di dalam Parlimen dan disebarkan melalui blog peribadi beliau. Gerak Malaysia melihat dakwaan ini suatu bentuk dakwaan yang serius yang perlu diambil perhatian oleh SPRM apatah lagi melibatkan kedudukan Dato’ Shafie Abdullah sebagai setiausaha Politik Perdana Menteri.

Dakwaan-dakwaan seumpama ini boleh merosakkan imej Dato’ Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri yang sering kali menguar-uarkan tentang persoalan integriti. Dalam masa yang sama juga Gerak berpandangan dakwaan oleh YB Wee Choo Keong juga perlu dibuktikan bagi mengelakkan tuduhan tidak berasaskan dilakukan oleh mana-mana pihak. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list