Rakan WARTAMAYA

Sunday, November 8, 2009

'Orang politik jangan sombong dan angkuh'


[...] Memang kita tak menduga ia seserius itu. Nampak di permukaannya macam biasa saja. Nampak airnya tenang. Ada sedikit berolak dan berkocak di sana-sini sekali-sekala, itu biasalah. Lebih-lebih lagi selepas musim kemenangan. Ada yang terlebih gembira sikit. Ada yang mulai khayal dengan kesenangan dan kebendaan. Ah, manusia ...!

Makanya ramai juga yang jadi melenting dengan tindakan Tok Guru Nik Aziz itu. Tak dinafikan saya pun terima banyak juga reaksi yang marah kepadanya dan menuduhnya melalut dan meminta dia melepaskan jawatan dan sebagainya. Tapi, lebih banyaklah lagi yang bercerita dan membuka rahsia-rahsia buruk yang selama ini dipendamkan.

Seseorang dari Seri Gombak misalnya menelefon saya mengadukan cerita yang berlaku setahun yang lalu.

Rumahnya kena pecah dan dimasuki perompak, dan isterinya kena tetak hingga hampir putus tangan. Ketika isterinya di hospital hampir satu bulan, tidak ada seorang pun pemimpin parti atau wakil mereka datang menjenguk. - + selanjutnya
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  November 8, 2009 at 4:51 PM  

TGNA pemimpin utama Pas, Pas terengganu menumpang tuah, hanya membawa rebah...

Unknown November 9, 2009 at 11:01 AM  

Tanam ubi dibuat batas
Ditanam kemas di tepi sawah
Apakan daya orang di atas
Susah nak nampak orang di bawah

Blog list