Namewee cipta klip video kontroversi terbaru
KUALA LUMPUR 18 Nov. - Kira-kira setahun lalu, Wee Meng Chee, 26, atau Namewee pernah menggemparkan negara dengan mencipta klip video kontroversi lagu Negarakuku yang menghina lagu kebangsaan.
Begitupun selepas tindakannya dikecam pelbagai pihak, dia yang merupakan pelajar jurusan komunikasi massa Universiti Ming Chuan, Taiwan ketika itu memohon maaf dan menyesal dengan perbuatannya.
Bagaimanapun kekesalan Namewee hanya sementara apabila kini dia muncul pula dengan satu lagi klip video kontroversi mengutuk Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Dalam klip yang boleh dimuat turun di YouTube menggunakan tajuk Namewee F*** TNB Malaysia itu bermula dengan dia berada di rumahnya pada waktu malam apabila bekalan elektrik tiba-tiba terputus.- + selanjutnya
Videonya di bawah ...
11 comments:
inilah pemimpin dap in making.. seorang yg anti-melayu, anti-Islam, dan anti-Malaysia!!! bagaimana manusia yg seperti ini masih boleh dibenarkan menghirup udara di tanah Melayu ini? siapa kuasa politik yg menyokong tindak tanduk dia? sehinggakan dia boleh dijemput utk mengadakan persembahan di pulau pinang? kalau tak dap..
dia ni belum kena lagi...dah kena baru tau tinggi rendah langit...haha!!
bagus, anak malaysia ni, baru tnb buka mata sikit, kalau aku pun marah..macam biasala gomen bila komplen, tunjuk org ni, tunjuk org tu..pegi jumpa sana, pegi jumpa situ..
Islamophobia + Melayu-bashing.
Malangnya ada juga blogger macam Wartamaya yg terikut-ikut macam lembu cucuk idung, seronok mempromosi perkauman untuk tumpang 'popular'
Kalau kita bayar lewat kena amaran, tapi servis TNB lewat semua pwejam mata.
TNB asyik nak naik harga saja, tak jaga rakyat langsung.
Kalau tak tumbangkan BN PRU13 letrik akan naik harga lagi dan servis makin teruk...
Ada wayar tiada letrik sewa bulanan tetap sama TNB dan BN adalah serupa menindas rakyat.
Memang patut pun. Saya dah kene dengan TNB tempohari...ingat hari punya hot kalau ada bom memang saya dah letupkan pejabat TNB tu...
Hei hamPAS dan DokterLam, orang macam you lar yang tak berani berdiri depan dengan perangai pekerja-pekerja TNB. Inikah cara TNB melayan kita? Dimana CheKhalib yang bergaji berjuta-juta ringgit? Aduan-aduan kita ke TNB selalu disalurkan ke parit-longkang. Dengan cara inilah mungkin TNB akan buka mata sedikit. JATUHKAN BN.
Video clip ini dah lama wujud. Saya memang menyokong blog ini yang berani menyiarkan video clip ini. Syabas, Wartamaya!!!!!!!!!!!!!
Harap dengan video clip ini semua orang berkenaan akan bangun dan buka mata mereka dengan layangan TNB selama ini.
Video ini tidak sedikitpun berbau kauman seperti apa yang di tulis oleh hamPAS.
Post a Comment