Kerajaan P Pinang dedah dokumen rahsia
MESYUARAT Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Jumaat ini akan membatalkan tahap kerahsiaan minit mesyuaratnya yang sebelum ini berhubung status sekeping tanah, yang kini menjadi kontroversi, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Beliau dalam satu kenyataan pada Isnin berkata bahawa pendedahan minit mesyuarat berkaitan keputusan itu mampu memberi gambaran yang jelas tentang tujuan sebenar penukaran hak milik tanah daripada pegangan pajakan kepada hak kekal yang akan dibangunkan oleh PDC Heritage Hotel Sdn Bhd.
Sebelum ini, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pulau Betong, Muhammad Farid Saad, mendakwa Lim memberi maklumat salah kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila memaklumkan tiada pertukaran status pegangan tanah dibuat di Pulau Pinang dari April hingga Jun tahun ini tetapi terdapat laporan menyatakan kerajaan negeri telah meluluskan permohonan untuk menukar tempoh pegangan secara pajakan kepada kekal.
Pagi Isnin Lim sepatutnya mengadakan satu sidang akhbar selepas menerima kunjungan pegawai sebuah syarikat dari India, tetapi, bergegas meninggalkan pejabatnya dengan alasan untuk ke lapangan terbang kerana hendak ke Kuala Lumpur.
Beliau mengarahkan setiausaha akhbarnya Cheong Yin Fan untuk mengedar kenyataan akhbarnya itu. - suaramalaysia
5 comments:
Salam Wak
Ketelusan beginilah yang rakyat alu-alukan.
Salam Tuan Mountdweller,
Rakyat memang alu alukan, tapi ada yang tak senang duduk, tak lena tidur dibuatnya.
Wakakaka !!!
salam to all..
kita terjah.kita ygk sape yang tak leh tido.hidup rakyat
TAK PERLU ISA DAN TAK PERLU OSA, RAKYAT TAK MAHU DIPERBODOHKAN UMNO DAN BN.
Buat apa nak rahsia kalau tak salah apa-apa?
Post a Comment