Rakan WARTAMAYA

Friday, November 13, 2009

Lagi saksi dakwa didera pegawai SPRM


Mohd Taupik Hussain mendakwa semasa disoal siasat oleh tiga pegawai SPRM Pahang pada 22 Jan lepas, dia telah didera secara fizikal dan mental.

Katanya dia dibawa ke pejabat SPRM Kuantan pada 22 Jan dan pada kira-kira 5 petang telah dibawa ke sebuah bilik dan diarahkan menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, melakukan ketuk ketampi serta tekan-tubi, berguling-guling di atas lantai selain kepalanya diketuk dengan kasutnya oleh pegawai terbabit.

"Proses penderaan berkenaan berlarutan sehingga pukul 11 malam sebelum saya diarahkan untuk menandatangani satu surat Orang Kena Tahan pada pukul 11.14 malam," dakwanya.

Mohd Taupik berkata demikian semasa menjawab soalan peguam yang mewakili Norza, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dalam prosiding mencabar kebolehpercayaan saksi di hadapan Hakim Azuar Che Yusof Rabu.

Katanya akibat tidak tahan dan berasa tertekan dengan penderaan dan ugutan tersebut, dia terpaksa membuat kenyataan palsu bahawa dia menemui dan menerima sampul surat putih lebih kurang 20 keping yang diikat dengan getah daripada Mohamad Norza di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam, 19 Jan lepas.- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list