Kementerian Pengangkutan nafi beli tren lebih mahal
KUALA LUMPUR 11 Nov. - Kementerian Pengangkutan menafikan pembelian empat set tren Diesel Multiple Units (DMU) terpakai pada harga RM30 juta lebih mahal berbanding yang dibeli oleh Costa Rica dan Argentina.
Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu menyebut, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membeli DMU pada harga Euro 1.492 juta (RM7.56 juta) setiap set berbanding Euro 2 juta (RM10.14 juta) oleh kedua-dua negara terbabit bagi setiap set.
Kenyataan itu juga menyebut harga sebenar bagi pembelian empat set DMU terpakai oleh KTMB adalah Euro 6.6 juta (RM33.5) juta.
"Ini bermakna pembelian DMU terpakai oleh kerajaan adalah lebih murah berbanding kedua-dua negara itu, tidak seperti dibangkitkan oleh beberapa ahli Parlimen semalam,'' kata kenyataan itu. - + selanjutnya
kementerian angkut angkut ...
Bantai la labu ..... bukan duit bapak nkorang pun.
1 comments:
Semua dah belajar dari mahathir dan najib cara nak sapu duit rakyat....
Post a Comment