Rakan WARTAMAYA

Wednesday, November 4, 2009

Hishamuddin Dalangi Keputusan ROS


Kemelut MCA semakin kusut apabila Pendaftar Pertubuhan Syarikat (ROS) mengiktiraf Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai Timbalan Presiden MCA yang sah mengikut undang-undang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang, Gan Pei Nei menyifatkan pemimpin tertinggi MCA sebagai tidak menghormati Perlembagaan Malaysia sehingga wujudnya dua Timbalan Presiden dalam satu masa yang sama.

Dalam masa yang sama, mereka tidak menghormati keputusan mesyuarat agong mereka lalu yang sudah dipersetujui di peringkat akar umbi.

“Saya nampak mereka langsung tidak menghormati Perlembangaan ataupun mandat yang telah diberi kepada wakil-wakil malahan wakil mereka yang dipilih dalam mesyuarat agong mereka setelah mereka ada EGM, saya rasa satu Malaysia isu yang jelas telah disampaikan oleh akar umbi mereka, supaya satu lagi mesyuarat diadakan untuk buat pemilihan semula tetapi semua tidak dihormati”, katanya.

Beliau bercakap kepada Tv Selangor ketika dihubungi melalui telefon mengulas kemelut dalaman MCA hari ini.- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list