Hassan Ali dan Jais
Selangor pecat nazir masjid
SHAH ALAM 11 Nov. – Kerajaan negeri akan memecat nazir masjid dan jawatan kuasa surau yang didapati terus berdegil menjemput penceramah tanpa mendapat tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr. Hassan Ali berkata, tindakan tersebut penting bagi membendung amalan yang boleh memberi kesan kepada perpaduan umat Islam di negeri itu.
Katanya, sehingga September lalu, kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengeluarkan tauliah kepada 977 individu untuk menyampaikan khutbah dan ceramah di masjid dan surau.
‘‘Kita telah memanggil nazir masjid serta setiausaha surau yang didapati menjemput penceramah tidak bertauliah ini dan kita telah beri nasihat kepada mereka.
‘‘Sekiranya kesalahan itu terus dilakukan, kita akan beri amaran dan seterusnya akan mengkaji semula jawatan mereka sama ada boleh diteruskan atau tidak,’’ katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini. - + selanjutnya
jais dah bagi tauliah ke pada hassan ali ... biasa nampak khutbah kat mesejid.
Kalau lom .. berikan cepat. Kang kena pulak pak hassan ni.
Jangan kot kata orang .. tapi sendiri pun tak der.
Apa pulak kaitan Hassan Ali, Jais dan Asri ?
1 comments:
Singkir hasan ali dari pas...
Post a Comment