Rakan WARTAMAYA

Tuesday, November 3, 2009

Ezam, Chandra Muzaffar kelirukan rakyat


KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor dan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Chandra Muzzafar bahawa wujud sindrom `3A` dalam parti itu, sebagai cuba mengelirukan rakyat.

Pengarah Strategik PKR, Tian Chua berkata, isu berkenaan sengaja diperbesarkan oleh dua bekas pemimpin parti itu yang mempunyai agenda mahu menjatuhkan PKR dan Pakatan Rakyat (PR).

"Tidak timbul isu '3A', isu ini sengaja ditimbulkan Ezam. Dia hanyalah seorang budak suruhan Barisan Nasional (BN) sahaja. Tidak payahlah layan budak suruhan ini," kata Ahli Parlimen Batu itu ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Menurutnya, berdasarkan rekod sepanjang 10 tahun perjuangan PKR boleh dikatakan hampir 70 peratus Anwar tidak bersama parti kerana masih dalam tahanan di penjara.

“Saya rasa Ezam dan Chandra Muzaffar juga mengetahui perkara tersebut di mana Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah pada ketika itu menerima sokongan padu pemimpin dalam parti itu. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list