Rakan WARTAMAYA

Wednesday, November 4, 2009

Dilema PAS: Pintu UG tutup tak berkunci?


Ketika PKR disindir dengan gelaran bateri 3A (Azizah, Anwar dan Azmin), dibincangkan peranan tiga anak Ibrahim (Anwar, Khalid dan Zaid), PAS yang tidak ketinggalan dengan tiga anak Ali-nya (Hasan, Mustaffa dan Ibrahim) pula dihantui dengan 3U (UMNO, Utusan Malaysia dan Unity Government).

Isu Kerajaan Perpaduan (Unity Government, UG) terus diajukan terhadap PAS melalui media cetak arus perdana, terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian, walaupun Presiden Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa PAS telah menutup pintu rundingannya dengan UMNO.

Misalnya, dalam satu rencana berjudul Pas sedia korban prinsip perjuangan demi pakatan (m/s19, Berita Harian, 3 November2009), diakhiri dengan memetik hujah "seorang pemimpin PAS" yang berbunyi, "Bagi saya, walaupun dikatakan pintu rundingan dengan UMNO sudah tutup, tapi ia masih 'belum dikunci'. Kami tahu, persoalan yang bermain di fikiran pengikut setia Pas hari ini ialah apa akan berlaku jika Nik Aziz 'tidak ada' lagi nanti."- + selanjutnya
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  November 5, 2009 at 12:39 PM  

selagi kumpulan UG masih memimpin pas bagaimana nak kunci pintu...

Anonymous,  November 5, 2009 at 12:40 PM  

kalau tak singkir pemimpin pro UG bagaimana nak percaya, cakap tak serupa bikin.

Blog list