Rakan WARTAMAYA

Monday, November 9, 2009

Berudu lompat kolam


200 ahli PKR sertai UMNO

PADANG BESAR 8 Nov. - Bekas Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis, Zainurin Yahaya bersama 200 ahlinya bertindak keluar parti tersebut untuk menyertai UMNO.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Bahagian PKR Padang Besar dan ahli-ahli parti itu menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.

Zainurin berkata, selepas ini, dijangka kira-kira 1,000 lagi penyokong PKR di negeri itu akan mengambil tindakan yang sama selepas mendapati perjuangan parti tersebut terpesong daripada dasar utamanya.- + selanjutnya

Mulanya aku bangun pagi ni ingatkan berminmpi. Maklumlah .. soal lompat parti penyokong ni berlaku cuma pada musim pilihanraya. Kecil atau beso itu lain citer la. Tapi sekarang musim orang gi haji pun ada lompat parti.

Lagi satu aku pelik, jumlahnya ngam ngam 200. Bukannya 203 ke , 207 ke ... biar nampak cam real. Kalau boleh UMNO ni kena pandai sikit buat berita. Biar mudah orang baca percaya ...

Tu tengok tu ..... dijangkankan 1,000 orang akan ikut lompat .... cesss .. tak pandai main figure langsung !
Share/Bookmark

4 comments:

Yong November 9, 2009 at 6:37 AM  

Ikut sains, berudu takleh lompat. Tapi hanyut boleh. So istilah yang tepat ialah hanyut, bukan lompat.

Pasal 1000 orang tu Yong nak tanya ade ke ahli PKR tu sampai 1000 kat situ? Kot lebih 1000, geng PKR tolong angkat tangan. Kita nak kira.

Kalau deme nak hanyut, biorle. Takusah sedih. Quantity tidak menunjukkan quality. Yang penting ade buat keroje tak masa pilihanraya?

Anonymous,  November 9, 2009 at 12:31 PM  

Berudu ni lompat pakai duit, ada duit semua boleh jadi..

Anonymous,  November 9, 2009 at 9:14 PM  

Itu keje geng-geng nangui yang jadi alat UMNO tu la. Nangui2 yang umur baru setahun jagung, darah baru sekapur sirih tu apa yang depa tau. Janji UMNO nak bagi keje, Kontrak pun tak pe. Lepas hidung depa keje cucuk mcm lembu la..Umno bayaq kat depa paling kuat RM2000 sebulan, tapi depa tak sedar geng-geng UMNO tu sapu juta-juta sebulan.

Blog list